Bagi umat Islam yang bakal menunaikan rukun Islam kelima perlulah melakukan persediaan yang rapi. Salah satunya adalah menyediakan beg umrah dan haji yang berkualiti dan tahan lasak.
Ini bertujuan untuk memastikan beg tersebut boleh bawa barang keperluan sepanjang anda berada di Tanah Suci.
Jadi, jika anda sedang mencari pembekal beg umrah dan haji yang berkualiti di Malaysia, anda boleh dapatkannya di Al Hawra Sdn Bhd.
Jom baca artikel ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai beg umrah dan haji.
Kesimpulannya, pemilihan beg umrah dan haji yang sesuai dapat membantu memudahkan pengguna semasa berada di Tanah Suci.
Faktor Ketika Memilih Beg Umrah dan Haji
Pemilihan beg yang tepat dapat membantu memudahkan perjalanan ibadah anda.
Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih beg umrah dan haji:
Ukuran
Ukuran beg adalah faktor yang sangat penting. Pastikan anda memilih beg yang cukup besar untuk menampung semua peralatan dan barang-barang yang diperlukan.Tetapi, jangan pula anda bawa beg yang terlalu besar sehingga menyukarkan anda untuk membawanya. Disebabkan itu juga, anda perlu memastikan agar keperluan dan barang-barang yang dibawa adalah sekadar mencukupi sahaja.
Design
Bagi design beg, anda perlu memilih design beg yang praktikal dan tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.Seeloknya, anda pilih design beg bersifat minimalis, tidak mempunyai unsur haiwan atau agama lain. Tambahan pula, pastikan beg anda mempunyai roda di bawahnya agar anda mudah untuk membawanya kemana sahaja.
Material
Pastikan anda memilih material yang tahan lama dan kuat untuk menampung semua peralatan dan barang-barang anda. Material yang kalis air juga sering menjadi pilihan utama dalam kalangan pembeli untuk melindungi barang-barang dari terkena hujan atau kelembapan.
Kompartmen
Memiliki kompartmen yang mencukupi bagi sebuah beg umrah dan haji merupakan aspek yang amat penting. Hal ini kerana, kompartmen yang mencukupi bantu untuk pastikan barang-barang anda mencukupi dan boleh dibawa ke Tanah Suci dengan mudah. Lebih bagus, jika beg tersebut mempunyai kompartmen khusus untuk menempatkan barang-barang berharga seperti passport, wang tambahan, dan kad pengenalan.
Jenis Material Beg Umrah dan Haji
Terdapat 3 jenis beg yang kami bekalkan untuk anda pilih. Iaitu
Polyester Material
Tahan lasak – Polyester adalah bahan yang sangat tahan lasak, tidak mudah terkoyak atau robek.
Kalis air – Polyester mempunyai sifat yang tahan air, dan tidak mudah menyerap air seperti bahan-bahan lain seperti kapas.
ABS Material
Tahan haba – ABS mempunyai ketahanan haba yang baik, dan boleh menahan suhu yang tinggi tanpa meleleh.
PP Material
Ringan – PP adalah bahan yang ringan dan mudah dibawa-bawa. Ia juga mudah untuk digunakan dalam pengangkutan dan penyimpanan.
Setiap bahan material adalah berlainan harga dan mengikut kesesuaian anda.
Pastikan anda memilih beg yang sesuai dengan ukuran, design, material dan kompartmen yang sesuai untuk keperluan anda semasa berada di tanah suci.
Jadi, buat mereka yang mendirikan syarikat umrah dan haji, anda boleh hubungi Al Hawraa untuk dapatkan pakej beg pada harga yang berpatutan.
Hal ini disebabkan, Al Hawraa Sdn Bhd berpengalaman dalam membekal dan menghasilkan design bag umrah dan haji yang berkualiti serta berpatutan mengikut kesesuaian jenama syarikat travel anda.
Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda perlu dapatkan beg umrah dan haji daripada Al-Hawra:
Menghasilkan beg umrah dan haji yang tahan lama dan kukuh.
Diperbuat daripada bahan-bahan kalis air dan tahan panas.
Harga yang berpatutan.
MOQ rendah.
Jenama beg tempatan yang boleh dipercayai dan mudah berurusan.
Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai beg umrah dan haji kami yang terbaik di Malaysia!